Soal Jawab

FAQ

Dapatkan jawapan segera anda di sini.

1. Apakah sebenarnya SNIPER NETWORKER?

Sebagaimana namanya -- ia adalah seumpama 'penembak tepat' -- sekumpulan usahawan yang dilatih menjadi 'penembak tepat' dalam MLM. Sesudah dilatih, mereka akan memilih syarikat MLM yang tepat untuk diusahakan sehingga mencapai kejayaan besar. Kejayaan akan dibahagi sama rata. Ini menepati istilah kerjasama -- bekerja bersama-sama, berjaya bersama-sama.

2. Apa perlunya SNIPER NETWORKER?

Telah diketahui, sejak dahulu kala, dalam apa saja bidang, peratusan kejayaan lebih tinggi, hanya apabila melaksanakan dengan cara bekerjasama, bergerak dalam satu team yang terlatih. Dalam MLM, saksikan sendiri mereka yang cuba membolot, tamak, tidak terlatih dan tidak bekerjasama. Hampir keseluruhan mereka gagal!

3. Apakah Latihan dan Peranan yang disediakan?

Setiap ahli di dalam SNIPER NETWORKER ada peranan masing-masing. Latihan akan diberi mengikut peranan masing-masing.

4. Siapa yang akan melatih?

Hanya yang layak sahaja akan menjadi jurulatih. Latihan akan diberi dalam bentuk teori, praktikal dan modeling. Hanya mereka yang terlatih sahaja akan diserapkan ke dalam Sniper Networker dan mula bergerak untuk membina dan mencapai kejayaan bersama.

5. Adakah SNIPER NETWORKER akan terikat dalam satu-satu syarikat MLM?

Ya, akan terikat selagi ia menguntungkan setiap ahli sniper networker. Kerana itulah, sebelum memilih syarikat MLM untuk diusahakan, kajian terperinci akan dilakukan supaya tidak tersalah pilih syarikat MLM yang akan hanya merugikan Team SNIPER NETWORKER.

6. Apakah sistem pengurusan Sniper Networker?

1. Sistem pengurusan yang terkenal -- Management by Objective (MBO) -- Menyediakan objektif dan menguruskan team ini mengikut objektif tersebut mencapai kejayaan besar.

2. Sistem Syura -- sistem yang mengutamakan perbincangan, brainstorming sesama ahli untuk mendapatkan cara dan jalan yang terbaik.

3. Cakap dan Laksana -- Mesyuarat dikurangkan hingga minimum. Melaksanakan mesyuarat, sistem pengurusan dan syura adalah lebih utama dari segala-galanya. Ahli team yang hanya suka cakap-cakap tanpa pelaksanaan akan dinasihati meninggalkan SNIPER NETWORKER.

7. Apakah syarat menyertai SNIPER NETWORKER?

Buat masa ini belum ada syarat tertentu. Semua yang berminat dijemput menyertai team ini. Sesudah menampakkan kejayaan, beberapa syarat akan dikenakan bagi memastikan hanya yang layak dan berkemahuan sahaja menjadi team SNIPER NETWORKER.

8. Apakah ringkasannya?

Diringkaskan -- SNIPER NETWORKER adalah team terlatih yang akan mengusahakan MLM, bergerak dalam satu team yang besar bagi memperoleh kejayaan yang juga besar. Hasil kejayaan itu akan dibahagi sama rata kepada setiap ahli team Sniper Networker.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem UNILEVEL SPILLOVER ?

UNILEVEL SPILLOVER bermaksud anda akan memperolehi downline percuma yang diberikan oleh setiap Upline anda. Setiap penajaan ke 11, dan seterusnya yang Upline anda lakukan akan diberikan kepada anda. Jika semakin aktif Upline anda, maka semakin banyak downline percuma yang akan anda perolehi.

10. Adakah saya boleh mulakan dengan RM10?

Ya, anda boleh berbuat demikian kerana kami berikan keselesaan kepada anda untuk menyertai Sniper Networker tanpa paksaan.

11. Adakah saya layak menikmati bonus apabila menaja orang pertama?

Ya, bonus adalah milik anda apabila anda menaja downline pertama , bagaimanapun tertakluk kepada syarat pengeluaran minima adalah RM50 dan RM10 perlu kekal di dalam e-wallet sebagai jumlah minima yg perlu bagi setiap ahli.


12. Apakah produk yang ditawarkan dalam Snipernetworker.com?

Antara produk-produknya ialah web promosi: snipernetworker.com/user_id , Perkhidmatan Latihan dan Bimbingan Membina Network, serta pelbagai software, e-book.

13. Bilakah saya boleh membuat pengeluaran bonus?

Anda bebas untuk mengeluarkan bonus pada bila-bila masa, kami akan masukkan bonus ke dalam akaun bank anda pada setiap hari Rabu. Setiap pengeluaran akan dikenakan kos perkhidmatan sebanyak RM3. 
14. E-trader aktifkan setiap pakej VVIP - Komisyen RM15 perunit